Saya percaya kebanyakan orang tau pasal ms excel. Dalam setiap telefon pun dah ada install. Cuma kebanyakan orang tak tau macam mana nak exploit power dia. Meh kupas
Situasi 1: fatimah ada senarai 17,000 nama pelanggan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon dan jantina. Arahan boss adalah;
“ Timoh, ko carikan aku setiap customer kita yang pakai 017 duduk shah alam, perempuan sahaja. Aku bagi masa sampai esok. Penting ni, setel je aku kasi ko naik pangkat”
Selaku kerani yang sudah ganyut, fatimah boleh je siapkan dalam masa seminggu dan tak naik pangkat seperti sediakala, dah 17 tahun dah pun. ATAU. Dia buat terapi facelift dan selesaikan tugasan ambik masa tak sampai 5 minit
Ini step mudah dia
- Sortingkan column jantina tu, pilih hanya perempuan
- click heading untuk column, dekat menu atas cari conditional formatting. Letak syarat “mana2 yang ada text shah alam, kotak dia jadi merah”
- Ulangi step 2 untuk column no. Telefon, letak syarat “mana2 yang ada text 017, kotak dia jadi merah”
Walla! Semua 17,000 nama customer tadi, sebelum ni warna dia putiihhhh je semua kan. Memangla nampak banyak. Sekarang sudah ada warnalahh. Dan tau kan? Otak dan mata kita sangat alert dengan COLOUR CODE. Senang je nak cari kan? 😋
Cuba prektis. Ada soalan komen bawah naa