Saya Azmuddin bin awang abd Rahman merupakan seorang jurutera selama lebih 10 tahun, menjurus dalam beberapa bidang seperti maintenance bangunan dan jalanraya, business development projek sedia ada dan baru dan juga pengurusan projek di beberapa syarikat ternama. Kini sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan bidang kejuruteraan secara sepenuh masa, masih bergiat memberikan khidmat konsultansi secara freelance disamping beberapa business lain.

Tujuan saya mengarang bukanlah untuk menjurus kearah kejuruteraan sahaja, lebih kepada perjalanan sebagai seorang jurutera diawal karier saya sebagai seorang teknikal staff. Mungkin berguna untuk engineer, technician, QS, BS, accountant atau siapa sahajalah yang berminat untuk menambah skill yang sangat simple tetapi sangat berguna dalam karier.
Mengharapkan perkongsian ini memberikan guideline kepada anak muda, supaya tidaklah menggagau macam saya dulu. Masa dulu, saya sentiasa mengharapkan ada seorang mentor. Adalah guide sana sini tetapi takde yang documented dan pusat rujukan. Kali ini apa salahnya saya menberikan panduan untuk anda yang masih hijau lagi (pada yg senior harap jangan kecam)
Latar Belakang
Sedikit latar belakang saya, seorang pelajar MRSM pengkalan chepa (SPM 1998) asalnya nak menjadi seorang doktor perubatan, tetapi kegawatan pada masa itu, mengubah haluan saya menjadi seorang jurutera awam. Sedikit peristiwa kelakar bab pemilihan bidang ini. Saya ingatkan kejuruteraan AWAM ini merangkumi elektrikal, mechanical, chemical dan semua engineering yang ada. Rupanya meleset dan melecet, baru saya tahu bahawa awam ini berkaitan aset umum seperti jalan, bangunan dan jambatan. Maka baguslah zaman sekarang sudah ada pendedahan dan karier day untuk pelajar sekolah menengah. Cukuplah seorang je macam saya salah bidang.
Sebaik sahaja graduate, tidaklah saya tahu bahawa jurutera awam ini terlalu ramai dalam negara membuatkan prospek peluang kerja saya menjadi mencabar. Manakan tidak, kerja yang sama sibuk dengan engineer elektrikal atau mechanical, jobscope nilai project saya pun lagi mahal tapi gajinya setengah. Mana tak panas hatiku ini. But not to worry, saya mula terima hakikat selepas beberapa tahun. Maka saya kena kerja dua kali ganda kuat atau lebih efisyen, sama la jugak gajinya kan. Positif kan penting. keyword penting disini: Dengan adanya cabaran barulah ada improvement.

Graduate pada 2004, menjawat jawatan jurutera pada gaji asal RM 1,600. Iyaa sikit kan? Itulah permulaan hidup. Berkerja dengan kontraktor untuk petronas pada mulanya di melaka, kemudian di Putrajaya menjaga building maintenance di bangunan MOF, kastam negara dan akauntan negara di precint 2. Diserap ke JKR HQ di jalan sultan Salahuddin sehingga tahun 2011 menjaga penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di seluruh semenanjung. Pernah jugak terlibat dalam pembinaan istana negara di Damansara tuh. Pengalaman yang super best.
Kemudian menjadi consultant bagi penyelenggaran jalanraya dan highway di IKRAM bangi. Agak lama juga di OPUS berhad (UEM GROUP) dimana saya terlibat dalam specify apakah vitamin dan ubatan dalam menguruskan penyakit bagi jalan tar dan jalan konkrit. Ada ubat mahal ada ubat yang kos effektif kan. Saya antara orang yang menjawab la dengan boss apakah treatment yang perlu bagi setiap kerosakan dan kenala jugak justify kos. Mahal kos repair jalan tar ni kalau anda nak tahu. Maka besarlah jugak tanggungjawab terletak di jemala patik ini.
Berbalik kepada pengalaman kerja saya, akhir engineer saya menjawat jawatan vice president III bagi ANIH berhad, yang jaga highway maintenance ke pantai timur tu. Sekarang tidak lagi, sepenuh masa dengan COWAY selaku corporate manager berpengkalan di TTDI, KL dan sekali sekala dipanggil oleh beberapa syarikat lebuhraya untuk membantu menyelesaikan permasalahan dalam bidang yang saya agak arif. Kalau nak sebut pun, PCA pavement condition assessment dan juga kerja kerja repair works melibatkan rehabilitation nak bagi lebih power performance ketahanan hayat asset tersebut. Boleh abaikan sebab tak penting pun nak cerita disini.

Saya juga akan selitkan nilai-nilai hidup dan personal yang perlu anda utamakan. 10 tahun tidaklah lama tapi tidak jugak sekejap. Apa yang anda lakukan, tindakan anda di setiap persimpangan akan membentuk jatidiri anda. Saya jugak akan selitkan bab personal la sikit, anggap macam diarilah. Boleh yeh. Sekian untuk posting pertama.
“Good players inspire themselves; Great players inspire others”
Kalau bahasa orang kita ni, amal jariah saya ini adalah untuk anda sebarkan pula kepada orang lain. Semoga ada sedikit saham untuk saya di kemudian hari. Wassalam