• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Abang Deng

  • Home
  • Abang Deng aka Chedin
  • Arkib Artikel

Business School: Ayam Kampung

22 March 2019 by abgdeng Leave a Comment

Saya ni kiranya takdelah berbakat dalam business. Akan tetapi saya belajar dari kesilapan, mungkin itu memudahkan saya tidak terjun kedalam lubang yang lebih dalam, dan beberapa kali. Kang cakap bodoh marah. Kui kui

Teringat saya diantara 2010, ketika itu saya perlukan belanja untuk kahwin. Banyak lagi tak cukup oii. Gaji sebagai jurutera JKR, taklah besar mana. Seorang kawan nama ahmad bagi idea untuk kami mula membela ayam kampung. Saya ni tidaklah memilih makanan, tapi saya tau marketnya besar. Seketul pun sudah RM4. Seekor anak ayam baru 50 sen. WOW!

Setelah beberapa kali berbincang. ahmad ajak jumpa dengan seorang expert, mulai sekarang dirujuk sebagai WAK PARJO. chewah macam bahasa lawyer pulak. Duduk di xxxxxxxx kelang. WOW! Wak setuju untuk bangunkan kandang untuk kami. Hanya beli barangan kayu dan kelengkapan lain. WOW! Tak perlu bayar sewa tapak.

Modal Kecil

Kos penjagaan tak perlu bayar, sebab alang-alang jaga satu kandang, dia okay sahaja untuk jaga 2 kandang. WOW! lagi. Cuma dia letak syarat, kalau nak sembelih nanti, dia akan charge 50sen seekor. Okay jaaa sebab saya pun belum tentu pandai nak potong urat merih. Rupa pun tak tau

WOW! Sekejap sahaja sudah 3 bulan, ayam sudah besar. Makanan hanya lebihan sampah makanan kantin sekolah berdekatan. Modal kami baru je RM2,000. Sudah kira untung nieehh. Kejap-kejap tekan kalkulator 1000 ekor darab RMxx= RM1000xx. Muahahahahha aku kayaaaaa

Operation Mudah

“Eh, wak lupa bagitau, palet kena beli sebab nanti ayam nak besar dan berat. Nak manis kena bagi xxx. dan xxx”. Hurm, belanja lagi beberapa ribu. Maka bermula kelas busines 101.

Kadar kematian ayam kampung biasanya 80%. Maknanya 800 ekorlah sepatutnya boleh dijual. Kenapa tinggal 600 aje? aku tengok kandang wak penuh je 1000 ekor. Dalam hati, “Eh, kena game ke? Yang mati je ayam aku. Yang hidup je ayam ko yer?” Hantamla labu

Dekat guni tu ade tanda la sikit. Nak tau Palet sapa yang ada dalam stor. Aku tengok macam semua guni aku je. haha. Game lagi, asyik aku je beli kan. Hantam la labuuuuu. Aku memang suka bagi duit dekat orang.

Untung Busat

Rupanya nak jual bukan mudah. Dengan hanya 600 ekor (makin hari makin banyak mati), kena let go cepat ni. Offer dekat kedai ayam kampung Shah Alam, “Sehari kami pakai 500 ekor bang. kalau 600 ni sikit sangat. Suplier marah nanti. Saya nak steady supply baru saya ambik”. Ahirnya kami jual jugaklah kepada pekerja myammar, suka betul makan sampai kepala pun dia tokak.

Lebihan lain tu, Wak tu memang ade regular customer. Sudahnya jual pun murah-murah aja sebab kawan-kawan kan.

WOW!

Sudahnya, kami fikir susah la nak tambah lagi stok anak lagi. Karang kejadian sama berulang lagi. Nak carikan perkerja, kami pun tak ada sumber. Berundurlah kami dari menjadi jutawan ayam kampung. Dalam keadaan itu pun sempat sekali lagi kena lipat. “Ambiklah kayu-kayu ni. Boleh buat dekat tempat lain”. Jadahnya

Akhirnya kandang itupun wak dapat FREE. Best kan?

Nak jemputlah kawan-kawan untuk komen apa kisah yang boleh dipelajari dalam kisah ayam kampung ini. Saya bersyukur tidaklah banyak mana yang saya rugi, malah untung sebab BELAJAR SESUATU YANG MAHAL. Apakah ia? Sila komen meh

Filed Under: BUSINESS SCHOOL

Previous Post: « Apa Aku Nak?
Next Post: BERKULI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Ms excel 101: Conditional Formatting
  • Busines 110: Tomyam
  • BUSY IS THE NEW HAPPINESS
  • RUMAH LELONG
  • OVERTIME BAGUS?

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • BUSINESS SCHOOL
  • kisah harian
  • ms excel
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Deng on the Foodie Pro Theme