• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Abang Deng

  • Home
  • Abang Deng aka Chedin
  • Arkib Artikel

Dah Lama Tak Masuk Hutan

17 March 2019 by abgdeng Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seingat aku, kali terakhir aku menjejak kaki ke kawasan bertema hutan ini, rasanya sudah hampir 15 tahun rasanya. Selaku seorang malim gunung zaman pinggang saiz 25 inci dulu, bukanlah satu perkara yang membanggakan sebenarnya. Kesibukan kerja ofis dan appointment di meja-meja mamak rupanya telah menelan masa puluhan tahun dari hidup aku. Hampir lupa dah diri sebenar, built up jatidiri selaku seorang ahli gunung dan aktiviti ekstrem ini.

Dorm

Kami ni dipaksa oleh boss untuk pegi ke kursus bina semangat la kiranya, 3 hari 2 malam. Sampai sahaja di pintu pagar masuk tu, Aduhai line telefon terus zero. Arahan dalam whatsap group suruh kami pegi ke dorm dulu. Dorm?? iyaa dorm dengan katil double decker macam asrama dulu tu.

katil kuning

Seronok sangat tau. Terbayang muka boss ku itu, teringat masa dia panggil masuk bilik , dia cakap ” Din, sayang tak pegi kursus ni. Banyak benda pasal business planning speaker ni akan ajar. Awak paling layak pegi ke kursus ni. Orang lain belum ready”. Banggalah jugak dipuji tapi sekilas ku perasan ade senyuman macam ditahan gelak dihujung ayat.

yaa sekarang baru aku faham kenapa dia macam seronok kenakan aku. Macam budak asrama lah aku tidur 2 malam ini. Pertamanya sebaik sahaja letak bag, asalnya chup katil bawah. ahh panas macam ni musytari. Cepat- cepat kualihkan bag ke katil atas, nasib baik betul-betul bawah kipas.

Lawatan ke bilik air sekejap. Nah! shower head ada dua sahaja dikawasan terbuka. Nice sangat. Aku tengok bayangan muka bossku tadi sudah berdekah gelak golek-golek pegang perut. Inilah bahana selalu kenakan boss. Takpe ini hari engkau. Ko tunggu lah hari aku pulak. Macam manalah agaknya rupa 15 orang jantan mandi beramai-ramai.

Brainstorming paling lama dalam sejarah

Aku ini dikategorikan sebagai baguslah jugak bab nak cambah idea ini. Tetapi tidak pernah pula sampai brainstorm 2 hari. Suntuk. Penuh. Tambah kritikal lagi topik sama sahaja, langsung takde improvement atau tukar scenario. Rasa macam dekat telinga keluar cambah dari otak. Balik pukul 1 pagi sambung 6.30 pagi.

Internetnya null. zero. yilek. Strateginya menjadi untuk elakkan kami bersosial dan berwhatsap atau men-google-kan tugasan tadi. Tak dapatlah nak copy paste malah screenshot material yang berkenaan. Kepalaku sudah berasap overheat.

fikir

Perkara paling menggembirakan, satu perkara gembira hanyalah satu, ada kedai runcit yang hanya 10 langkah dari pintu kelas kami, menyediakan free-flow of tid bits sepanjang 3 hari kami. Tidaklah percuma, harga pun mahal tapi itu tidak penting lagsung. Kejatuhan nilai ringgit berbanding nilai cikedis dan coke ais. Rasa macam baru je cucuk duit di ATM, macam tinggal serdak sahaja walletku.

Imej boss tadi macam terbayang-bayang berguling sakan sampai masuk longkang, naik balik dan golek balik masuk longkang. Amboi sakan dia

din sungai

Hari Akhir

Nak balik. Cukuplah sessi cambahan. Rasa serik sebal bebal semua ada. Itulah perasaan masa breakfast. Akan tetapi, sebaik bermula sessi pagi, wow impactnya terasa. Kami yang semalam rabak mata pecahkan kepala keluarkan otak dan masukkan balik tu, rupanya result dia superbly awesomely marvelous. Rupanya ada tujuan kami ditekan sedemikian rupa. Apalah sifu kami ni, kan senang cakap dari awal.

Akhirnya habis juga kursus yang menduga ini. Seronok dan sangat besar perbezaan selepas sessi cambahan idea. katanya untuk 12 tahun pun boleh pakai. Semoga makin disayangi boss. Walaupun bayangan boss aku masih ikut menekan kekunci keyboard ketika ini. Hantu hutan kot.

Filed Under: kisah harian

Previous Post: « Hello world!
Next Post: Apa Aku Nak? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Ms excel 101: Conditional Formatting
  • Busines 110: Tomyam
  • BUSY IS THE NEW HAPPINESS
  • RUMAH LELONG
  • OVERTIME BAGUS?

Recent Comments

  • A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • BUSINESS SCHOOL
  • kisah harian
  • ms excel
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Abang Deng on the Foodie Pro Theme